SHAH ALAM -
Seramai 100 orang penyokong Pakatan Rakyat (PR) berhimpun secara aman di
hadapan pejabat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) di sini, semalam sebagai
sokongan kepada kerajaan negeri untuk mengambil alih pemegang konsesi air
tersebut.
Ketua Angkatan
Muda Keadilan (AMK) Selangor, Azmizam
Zamanhuri berkata, bantahan ini menggesa Syabas membenarkan Kerajaan Negeri
mengambil alih dalam operasi dan pengurusan air di Selangor, Kuala Lumpur dan
Putrajaya.
“Kami
menyokong penuh hasrat Kerajaan Negeri untuk ambil alih Syabas dan yakin dengan
kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berupaya memberi
perkhidmatan air terawat yang lebih baik dengan harga tidak membebankan rakyat.
Menurutnya,
mereka turut membantah cadangan program catuan air oleh Syabas dan sekali gus
mendesak Pengerusi Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail melepaskan
jawatannya kerana didakwa gagal menjalankan tugas membekalkan air kepada rakyat
negeri ini.
Azmizam turut
mempertikaikan cubaan membina persepsi negatif rakyat terhadap Kerajaan PR
dengan mengumumkan krisis air dengan membelakangkan bidang kuasa Setiausaha
Kerajaan Negeri (SUK).
“Tindakan
tidak profesional Syabas dengan mengetepikan keperluan pengguna, dilihat lebih
bersifat mensabotaj kerajaan PR menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bagi
mengikis keyakinan rakyat terhadap Kerajaan Negeri,” katanya.
Selain itu,
kami rakyat Selangor menolak projek Langat 2 kerana dilihat membebankan rakyat
dengan kenaikan tarif air sehingga 70 peratus.
“Kos
penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor dan pembinaan Loji Langat 2
menelan kos sebanyak RM 8.85 bilion dan ini membebankan rakyat,” katanya ketika
perhimpunan aman di sini.
Dalam pada
itu, satu memorandum yang menggaris tujuh tuntutan turut diserahkan kepada
Pengarah Eksekutif Syabas, Ismail Hashim dalam perhimpunan berlangsung selama
kira-kira 45 minit itu.
Memorandum
tersebut antara lainnya membantah cadangan Syabas untuk mencatu bekalan air dan
menuntut syarikat konsesi itu mensabotaj Kerajaan Negeri berhubung isu bekalan
air.
Memorandum
berkenaan juga menyatakan bantahan keras ke atas pembinaan Loji Langat 2 dan
kegagalan Syabas mengurus kewangannya serta perkhidmatan yang tidak memuaskan.
Perhimpunan
aman yang dianjurkan Angkatan Muda Keadilan (AMK) tersebut turut dihadiri
pemimpin parti PR dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
KD: Memang terbaik semangat yang ditunjukkan pennyokong
PR ini. Tetapi adakah relevan semangat yang mereka tunjukkan ini?
No comments:
Post a Comment