Jawatankuasa
Khas Kabinet Mengenai Isu-isu Air Selangor menolak permohonan yang dibuat
Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih pengurusan syarikat konsesi air,
Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini memandangkan kedua-dua
pihak terbabit gagal mematuhi perjanjian konsesi yang telah dimertai.
Menurutnya,
pengambilalihan itu tidak boleh dilakukan kerana Kerajaan Negeri tidak mematuhi
beberapa perkara dalam perjanjian konsesi, termasuk membenarkan kenaikan tarif
air.
“Ini tidak
boleh dipertimbangkan kerana ada beberapa perkara yang substantif dan
(membabitkan) prosedur yang tidak boleh dipenuhi kerajaan negeri Selangor dan
Syabas. Kita akan
meminta pandangan muktamad daripada Peguam Negara dan Peguam Negara akan
membuat keputusan muktamad,” katanya.
Beliau
berkata kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama jawatankuasa di
sini, semalam. Turut hadir Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri
Peter Chin Fah Kui dan Menteri di Jabatan Perdana
Menteri Senator Datuk Idris Jala.
KD: Apakah keputusan Kerajaan Pusat menolak permohonan Kerajaan Selangor untuk mengambil alih
pengurusan Syabas adalah keputusan wajar atau sebaliknya? Krisis air di Selangor
sudah berlarutan agak lama. Ia dilihat seperti dipolitikkan sehingga yang
menjadi mangsa adalah pengguna. Justeru, adakah keputusan terbaru ini akan
meredakan keadaan? Masih tidak dapat dipastikan.
No comments:
Post a Comment