Usul penubuhan
Majlis Ulama Umno juga mendapat reaksi negatif oleh beberapa pihak.
Berikut
merupakan pendapat pihak yang tidak @ kurang bersetuju dengan usul itu:
Pengarah
Strategi Umno Terengganu, Datuk Rosli Mat Hassan
“Cadangan mewujudkan
ulama sebagai sayap parti adalah kurang sesuai kerana ia dilihat mengecilkan
skop tugas ahli agama. Ia juga akan menyekat peranan ulama yang terpaksa akur
dengan perjuangan parti. Bagaimanapun, kita tidak menolak mereka (ulama) kerana
dalam mana-mana pentadbiran sesebuah negara, peranan ulama adalah besar dan
perkara itu jelas dilihat dalam kalangan penasihat adalah terdiri daripada
ulama.”
Ketua Pemuda
Umno Bahagian Kuantan, Datuk Muhammad Suffian Awang
“Politik tidak
seharusnya dicampur adukkan dengan agama kerana ia boleh membawa kesan negatif
pada masa akan datang. Kita tidak mahu di kemudian hari pandangan agama akan
bertukar menjadi tafsiran sendiri kerana kepentingan tertentu. Ia akan
membuatkan masyarakat tidak percaya kepada agama jika peranan ulama disalah
guna.”
Ketua
Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus
“Jika ulama
menyertai politik, mereka secara tidak langsung dibelenggu dunia politik, sekali
gus membuatkan tindakan golongan itu dipengaruhi kepentingan parti
msing-masing. Justeru adalah lebih baik sekiranya ulama kekal sebagai penasihat
supaya kebenaran terutama perkara berkaitan agama dapat ditegakkan tanpa rasa
ragu. Jika cadangan itu benar-benar ingin dilaksanakan, sayap ulama itu perlu
mendapat kebebasan dari sudut agama untuk menegakkan kebenaran, tanpa tekanan
politik.”
Timbalan ketua
Umno Bahagian Pasir Salak, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin
“Secara
peribadi, tidak perlulah diwujudkan sayap baru kerana sistem yang ada kini sudah
kuat dan diterima ramai. Tahap penghormatan kepada ulam adalah peringkat yang
paling baik. Bukan tidak mahu melibatkan mereka dengan politik tetapi nasihat
dan panduan daripada mereka lebih meluas bukan hanya dalam politik sahaja.”
Ketua Umno
Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin
“Tidak perlu
ditubuhkan sayap ulama memandangkan Umno sendiri sudah mempunyai sayap Wanita,
Pemuda dan Puteri. Ulama boleh menyertai Umno untuk menguatkan parti. Saya
cadangkan supaya ulama-ulama ini sertai sayap-sayap yang ada.”
KD: Jika
difikirkan kembali, ada kebenarannya di sebalik pendapat-pendapat ini. Sama ada
Majlis Ulama akan dilaksanakan atau tidak, sama-samalah kita tunggu.
No comments:
Post a Comment