Oleh: G MANIMARAN, Sinar Harian
Teka-teki bila
kemungkinan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nampaknya berlarutan. Pastinya ia
tidak ada kesudahan selagi PRU13 dipanggil. Seperti
tulisan-tulisan sebelum ini, ramalan PRU13 berlarutan buat tahun ketiga.
Tidak silap
saya, ramalan bahawa PRU13 akan diadakan "dalam waktu terdekat" sudah
kedengaran ketika Ramadan 2010. Ketika itu ramai meramalkan Bajet 2011 adalah
"bajet pilihan raya" dan PRU13 akan diadakan akhir 2010 ataupun awal
2011. - Ia ternyata
meleset!
Ramalan yang
sama muncul ketika Ramadan tahun lalu. Bulan Ramadan menjadi tumpuan banyak
pihak. Ramai mengatakan bulan Ramadan juga menjadi sebahagian tempoh berkempen
secara tidak langsung. Majlis dan program sepanjang Ramadan diatur sedemikian
rupa seolah-olah menggambarkan PRU13 tidak lama lagi. - Sekali lagi ia
meleset!
Hari ini, kita
berada di bulan Ramadan 2012. Sudah pasti PRU13 bukan pada bulan ini.
Aidilfitri dijangka jatuh pada 19 atau 20 Ogos ini.Ia akan
disusuli dengan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos.
Jika begitu,
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membubarkan Parliman awal
September?
Ini spekulasi
terbaru. Tarikh Bajet 2013 pada 28 September juga diambil kira. Tingkap
September 2012 masih menjadi pilihan ramai. Kebanyakan tidak mahu PRU13
diadakan tahun depan.
Dua laporan
Bernama semalam tidak memberi gambaran tepat yang PRU13 akan diadakan bulan
September.
Ketua
Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mengumumkan bahawa Umno telah mengerakkan
kesemua 6,667 Pusat Daerah Mengundi (PDM) untuk mengukuhkan jentera bagi
menghadapi PRU13. Menurut beliau, telah membuat keputusan untuk mengaktifkan
PDM di kesemua 191 bahagian Umno dan 20,000 cawangan di seluruh negara.
Laporan awal
pagi semalam pula memetik tokoh politik Umno, Tan Sri Abdul Aziz Tapa menjangkakan
PRU-13 akan diadakan pada tahun depan, bukannya dalam tempoh terdekat ini. Katanya, "Pilihan
raya kali ini tidak sesuai diadakan dalam masa terdekat atau tahun ini
sebaliknya ia lebih elok diadakan pada tahun depan," katanya.
Tiga hari yang
lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjangkakan Perdana Menteri
akan mengumumkan pembubaran Parlimen
selepas Aidilfitri akan datang. Alasan
digunakan Abdul Hadi ialah BN berkemungkinan menggunakan peluang itu kerana
pengundi luar akan sukar untuk pulang ke kampung dua kali berturut-turut
selepas baru sahaja menghabiskan cuti Aidilfitri mereka di kampung halaman.
"Kita
jangka BN akan menggunakan peluang mengadakan pilihan raya selepas cuti hari
raya Aidilfitri ini. Sudah
tentu jika itu berlaku, pengundi akan berfikir banyak kali untuk pulang sekali
lagi ke kampung masing-masing selepas mereka baru sahaja balik bercuti hari
raya," katanya.
Beberapa hari
sebelum itu Timbalan Perdana, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membayangkan PRU-13
tidak akan diadakan tahun depan dan menganggap tahun ini adalah masa yang
terbaik. Dalam
kenyataannya, Muhyiddin turut membayangkan ianya "mungkin beberapa bulan
akan datang."
Perbualan
dengan beberapa penganalisis semalam menunjukkan beberapa gambaran mengenai
spekulasi PRU13.
Setengah
penganalisis dan pemerharti dengan yakin mengatakan September masa yang sesuai
mengambil persekitaran politik dan ekonomi tempatan dan global. Ada yang
mengatakan awal November iaitu selepas berakhirnya musim haji. Ada yang
mengaitkan November dengan angka "11" pilihan Najib. Sama
ada ia masih menjadi satu faktor sudah untuk diterima sepenuhnya.
Bagaimanapun
ramai memilih tempoh tiga minggu pertama September, sebelum sidang Parlimen
akan datang, sebagai masa yang terbaik bagi semua pihak - sama ada Barisan
Nasional (BN) ataupun Pakatan Rakyat (PR) - dari segi persiapan, semangat,
'mood' ahli dan pengikut parti, dan juga 'bebas' masalah-masalah bebas.
Pun begitu
beberapa penganalisis juga mengakui bahawa meskipun Najib selaku Perdana
Menteri, Presiden Umno dan Menteri Kewangan telah menyelesaikan beberapa isu
pokok, masih ada isu yang belum menemui penyelesaian sepenuhnya. Jadi beliau
kemungkinan memerlukan beberapa bulan untuk menyelesaikan.
Mandat
Kerajaan Pusat semasa mempunyai masa sembilan bulan lagi sebelum ia berakhir di
penghujung 2013. Apa pun boleh berlaku sepanjang lapan bulan ini.
Justeru, ruang
atau tingkap terbaik semakin mengecil menjelang 28 April 2013. Jadi, Perdana
Menteri akan menggunakan ruang kecil, yang terbaik ini - yakni September 2012 -
untuk memanggil PRU13.
KD: Terlalu banyak spekulasi berhubung tarikh pilihan raya. Namun, analisis terbaru dari penulis ini sedikit sebanyak menggerakkan hati KD bahawa PRU-13 akan berlangsung tidak lama lagi. KD sejujurnya tidak kisah bila mana pun tarikhnya, kerana sudah bersedia sejak awal lagi. Malah tidak sabar rasanya untuk mengundi.
KD: Terlalu banyak spekulasi berhubung tarikh pilihan raya. Namun, analisis terbaru dari penulis ini sedikit sebanyak menggerakkan hati KD bahawa PRU-13 akan berlangsung tidak lama lagi. KD sejujurnya tidak kisah bila mana pun tarikhnya, kerana sudah bersedia sejak awal lagi. Malah tidak sabar rasanya untuk mengundi.
No comments:
Post a Comment