Cadangan
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul
Bari Mat Jahaya yang mahu majlis ulama Umno diwujudkan semula, mendapat reaksi
amat positif daripada pimpinan pusat.
Cadangan yang sudah
diusulkan sejak dua tahun lalu itu akhirnya mendapat perhatian selepas Fathul
Bari mengutarakannya pada debat anjuran Sinar Harian, 'PRU13: Orang muda pilih
siapa?' pada Khamis minggu lalu.
Berikut
merupakan reaksi dari pemimpin-peminpin Umno:
Ahli Majlis
Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek:
Beliau amat
bersetuju jika Majlis Ulama atau Lembaga Penasihat yang terdiri daripada
kalangan ulama ditubuhkan bagi membolehkan parti merujuk dasar dan
keputusan-keputusan agar tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Menurutnya,
anggota majlis itu nanti mestilah terdiri daripada kalangan yang diakui
mempunyai pengetahuan mendalam mengenai Islam dan berpengetahuan luas.
Ketua
Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan:
Beliau bersetuju usul ini
dibawa dan dibincangkan di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang akan datang. Menurut beliau, jika semua sudah
setuju, barulah memikirkan bentuk struktur dan organisasinya.
Naib Presiden,
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi:
“ Usul
penubuhan Majlis Ulama Umno itu akan diberi pertimbangan serius. Saya percaya, jika cadangan ini
direalisasikan, ia sekaligus dapat menutup mulut pihak yang selama ini menuduh
Umno meminggirkan Islam.”
Ahli Majlis
Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim:
“Saya akan membawa
usul ini dalam mesyuarat Majlis Tertinggi untuk diberi pertimbangan terutama
oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak.”
Ahli Majlis
Tertinggi Umno, Datuk Seri Mustapa Mohamed:
“Golongan
ulama amat penting dalam perjuangan Umno. Saya sokong cadangan itu.”
KD: Usul yang
baik haruslah disegerakan pelaksanaannya. Jika sudah mencapai kata sepakat dan
gerak kerjanya sudah ada, maka tiada masalah usul ini diteruskan. Mungkin
dengan penubuhan Majlis ini ia akan memantapkan lagi Umno sebagai parti
terbesar di Malaysia.
No comments:
Post a Comment