SHAH ALAM – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam
Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik saranan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak mengenai pemberian imbuhan sempena Aidilfitri bergantung
kemampuan kerajaan.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, bonus itu cara
kerajaanmenghargai kerja keras penjawat awam.
"Malah bonus ini dianggap sebagai tradisi kerana dua
tahun lalu, penjawat awam mendapat sagu hati RM1,000 menjelang Aidilfitri iaitu
RM500 sebelum dan selepas perayaan itu. Pemberian bonus raya perlu diberikan mengikut gred
masing-masing dari sebulan hingga tiga bulan gaji," katanya.
Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas maklum balas
Najib mengenai pemberian bonus kepada penjawat awam, kelmarin.
Menurutnya, pemberian bonus itu bukan sahaja meringankan
beban mereka, tetapi penjawat awam dan pesara juga dapat menikmati kemeriahan
Aidilfitri nanti.
“Kami berharap bonus raya dapat menceriakan sambutan hari
raya dengan lebih bermakna memandangkan perbelanjaan mereka akan meningkat
untuk persediaan tersebut,” katanya.
Sebelum ini, Presiden Cuepacs mencari pendekatan terbaik bagi
memastikan 1.4 juta penjawat awam mendapat imbuhan itu dan tidak menyebabkan
pihak tertentu mengambil kesempatan.
KD: Berita ini
pasti menggembirakan para penjawat awam. Setiap tahun kerajaan tidak pernah
lupa menjaga kebajikan penjawat awam. Semoga ‘Bonus raya’ yang diperolehi nanti
dibelanjakan dengan berhemah.
No comments:
Post a Comment