KARPAL BOLEH
BUAT PAS HILANG UNDI
Tindakan
Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempertikaikan cadangan pelaksanaan Hukum
Hudud diperjuangkan PAS boleh menjejaskan undi Melayu kepada parti itu dalam
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.
Timbalan
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Nik Mohamad Abduh, berkata tindakan Karpal
itu memberi gambaran kepada orang ramai terutama umat Islam bahawa DAP tidak
mesra Islam serta orang Melayu.
Nik Mohamad, yang juga anak kepada Mursyidul Am
PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, tindakan pemimpin DAP itu yang
mempertikaikan keupayaan syariat Islam (Hukum Hudud) untuk menjamin keselamatan
dan keadilan rakyat adalah bercanggah dengan pendirian dipersetujui dalam
pakatan pembangkang.
Menjejaskan
undi
Dari
sudut sentimen, kelihatan Karpal Singh, melalui beberapa kenyataan terakhirnya,
terlalu yakin DAP tidak memerlukan undi Melayu untuk menang selesa. Sama ada
itu satu risiko yang boleh diserap oleh DAP atau tidak, tapi bagi saya hampir
pasti boleh menjejaskan undi rakannya dalam Pakatan terutama PAS.
Walaupun
berhak atas nama hak bersuara untuk bercakap dan mengkritik, tetapi atas nama
hak kesepakatan bersama pakatan juga perlu untuk tidak memanaskan isu yang
'setuju untuk tidak bersetuju', termasuk perihal dasar perjuangan setiap parti.
Sama
ada kritikan beliau itu atas premis mempertahan sekularisme negara ataupun
jahil mahupun keras pedal atau anti Islam, semua itu mendorong kepada andaian
bahawa DAP tidak mesra agama Islam dan undi Melayu, katanya dalam laman sosial
facebooknya, di sini, semalam.
Sebelum
ini, bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa mempertahankan
pendiriannya bahawa Karpal adalah pemimpin DAP yang anti Islam dan sedia
berdepan pemimpin veteran pembangkang di mahkamah.
Menjawab
kritikan Nasharuddin, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Pulau
Pinang, menyifatkan Hukum Hudud sukar untuk dilaksanakan di negara ini terutama
dalam menjamin keselamatan dan keadilan rakyat. -BHarian
No comments:
Post a Comment