KUALA LUMPUR: Cuepacs telah mengeluarkan senarai enam permintaan utama untuk dipertimbangkan kerajaan dalam Bajet 2013 terhadap 1.4 juta penjawat awam, kata Presidennya, Datuk Omar Osman.
"Kami
berharap kerajaan, khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, akan
memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada permintaan kami. Kami akan berpuas
hati jika sekurang-kurangnya 70 peratus daripada permintaan dipenuhi,"
katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di sini Rabu .
Enam tuntutan
skim baru yang diumumkan termasuklah perumahan mampu milik di kawasan bandar,
peningkatan elaun sewa, bonus tambahan selain dari bonus setengah bulan yang
diperolehi kebelakangan ini dan nasib 45,000 pekerja kontrak yang mana kontrak
berakhir 31 Disember ini.
Beliau berkata
permintaan ini bukan baru tetapi telah menjadi sebahagian permintaan Cuepacs
sejak 2010 dan telah mencapai peringkat kritikal.
"Perumahan
mampu milik di bandar bagi penjawat awam adalah isu yang paling terdesak. Kami
berharap kerajaan akan memperkenalkan dasar perumahan baru melalui Bajet yang
memerlukan pemaju perumahan di bandar mengeluarkan rizab 35 peratus daripada
projek-projek mereka untuk membina rumah berharga RM60,000 dan RM150,000,"
katanya.
Beliau juga
menambah bahawa elaun perumahan sewa bulanan semasa sebanyak RM180 perlu
ditambah untuk mencerminkan kadar pasaran sekarang.
Beliau berkata
Kerajaan mesti menangani nasib beberapa 45,000 kakitangan kontrak yang mana
tempoh mereka akan tamat pada 31 Disember.
"Kebanyakan
mereka berusia antara 40 dan 50 tahun dan mempunyai tanggungan dengan pinjaman
perumahan untuk dibayar.
"Kami
berharap Kerajaan akan mempertimbangkan untuk melanjutkan kontrak atau
meletakkan mereka pada skim pencen atau skim kumpulan wang simpanan,"
katanya.
Sebagai tanda
komitmen jika tuntutan dipenuhi, beliau berkata cadangan itu akan dibawa ke
Kongres Cuepacs bulan depan untuk mendapatkan persetujuan penjawat awam untuk
tambahan 30 minit kerja setiap hari.
"Jika
bersetuju dengan cadangan itu, kertas cadangan akan dikemukakan kepada Ketua
Setiausaha kepada Kerajaan untuk mengeluarkan pekeliling bagi tujuan itu,"
katanya.
Beliau berkata
wakil jawatankuasa Cuepacs 'persekutuan dan negeri telah berusaha berjumpa
dengan Perdana Menteri dan timbalannya untuk terus membincangkan perkara ini.
Bajet 2013
dijadualkan akan diumumkan pada 28 September. –MStar
No comments:
Post a Comment