Tun Dr Mahathir Mohamad |
KUALA LUMPUR:
Negara akan berdepan pelbagai masalah jika rakyat mengambil risiko menukar
kerajaan pada pilihan raya umum akan datang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana
menteri itu berkata pembangkang telah menunjukkan kegagalan di beberapa negeri
tidak ada kesepakatan di antara mereka terutama berhubung pelaksanaan
undang-undang Hudud.
"Encik
Karpal Singh dan Datuk Nik Aziz akan bergaduh sesama sendiri... Seorang kata
potong tangan, seorang lagi kata jangan potong tangan.
"Selepas
itu, Parlimen akan dipenuhi dengan hujah sebegini apabila pembangkang mengambil
alih pemerintahan negara," katanya ketika menyampaikan ucaptama berjudul
'What Can Malaysians Expect, Post GE13?' di Forum Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)
2012 anjuran Yayasan Kepimpinan Perdana di sini Rabu.
Dr Mahathir,
yang juga Presiden Kehormat yayasan itu, turut melahirkan keyakinan peribadi
beliau bahawa Barisan Nasional (BN) adalah parti yang boleh melakukan tugasnya
dan akan kekal di Putrajaya serta memerintah negara ini selepas Pilihan Raya
Umum ke-13.
Bagaimanapun,
beliau berkata BN perlu menang dengan majoriti yang kuat untuk memberi lebih
tumpuan terhadap pelan pembangunan.
Tanpa majoriti
yang kuat, kerajaan akan memberi lebih tumpuan terhadap survival yang akan
menyebabkan kurangnya perhatian kepada pembangunan negara termasuk aktiviti
ekonomi seperti perniagaan, perdagangan dan industri.
"Kita
memerlukan urus tadbir yang bijak. Kita mempunyai pilihan dan hak untuk memilih
kerajaan bagi menentukan masa depan kita.
"Jika
anda membuat pilihan yang salah, maka anda terpaksa menanggung akibatnya,"
katanya.Dalam sesi dialog, Dr Mahathir turut disoal berhubung tarikh pilihan
raya umum akan datang.
"Saya tak
boleh baca hati orang. Saya fikir dalam bulan Julai... kemudian September, tapi
kita kini berada dalam bulan September. Mungkin ia akan diadakan dalam bulan
November dan mungkin juga pada penghujung penggal," katanya. – Bernama/MStar
No comments:
Post a Comment