JOHOR BAHRU:
Selain Kuala Lumpur, Johor Bahru juga akan bergema dengan himpunan sejuta umat
Islam bagi membantah pembikinan serta penyebaran filem Innocence of Islam,
arahan Sam Bacile, yang menghina keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.
Himpunan
tersebut akan diadakan di Masjid Taman Perling Johor Bahru, selepas solat
Jumaat, 21 September ini.
Ketua
Penerangan PAS negeri, Ghazaley Ayub, dalam kenyataan medianya turut
memberitahu, pihaknya juga akan menghantar memorandum kepada Majlis Agama Islam
Johor (MAIJ), berhubung perkara berkenaan pada Khamis ini.
“Kita akan
meminta MAIJ mengeluarkan Khutbah Khas pada hari Jumaat ini, kita harap pihak
berkenaan dapat mengeluarkan khutbah yang akan mengupas dengan lebih lanjut isu
berkenaan termasuk perkara-perkara yang berkait dengan kecintaan kita kepada
Nabi Muhammad s.a.w..”
“Kita juga
berharap mimbar Jumaat ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin untuk
menangkis serangan musuh-musuh Islam dengan memberi penjelasan yang terperinci
kepada umat Islam berhubung perkara berkenaan.”
Selain itu
menurut beliau, PAS juga mengajak seluruh umat Islam di negeri ini serta semua
parti politik dan Ngo bersama-sama pada himpunan tersebut.
“Kita menyeru
seluruh umat Islam serta parti-parti politik termasuk Umno, menyertai himpunan
ini kerana isu ini melibatkan umat Islam secara keseluruhan, tidak kira apa
parti sekali pun, dalam konteks ini kita perlu membuktikan kesepaduan kita
dalam menangani isu ini, justeru kita berharap Umno sudi bersama-sama kita
untuk menyatakan bantahan terhadap pihak yang cuba menghina Islam khususnya
Nabi Muhammad s.a.w..”
Selanjutnya
menurut Ghazaley, pihaknya juga akan menjemput rakan-rakan dari DAP untuk
sama-sama pada himpunan tersebut.
“Selama ini
DAP dilabel sebagai anti Islam maka untuk membuktikan dakwaan tersebut tidak
benar, mereka juga akan turut serta pada himpunan ini.”–Harakahdaily
No comments:
Post a Comment