KUALA LUMPUR: Bekalan diesel
dilaporkan terjejas di beberapa stesen minyak sekitar Lembah Klang, Johor dan
Negeri Sembilan berikutan kehabisan kuota bahan bakar itu untuk bulan ini.
Pengerusi Persatuan Pengusaha Stesen
Minyak, Datuk Hashim Othman berkata anggota persatuan di kawasan terjejas
memaklumkan kepada pihaknya tentang ketiadaan bekalan diesel itu sejak petang
semalam.
"Namun bekalan di stesen minyak
di sepanjang lebuh raya mencukupi," katanya kepada Bernama, pada Khamis.
Beliau menegaskan situasi itu tidak
ada kena mengena dengan pembelian panik oleh pengguna terutama menjelang
pembentangan Belanjawan 2013 esok.
"Kehabisan kuota lebih awal pada
bulan ini (hari ini baru 27 Sept) mungkin disebabkan kuota tidak cukup atau
mungkin juga berlaku ketirisan dan ia tiada kaitan dengab Belanjawan," katanya.
Hashim berkata kuota diesel yang
diperuntukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK) kepada pengusaha stesen minyak adalah berbeza mengikut
penggunaan pada setiap bulan.
Bagaimanapun, katanya, pengusaha stesen
minyak perlu mengemukakan permohonan kepada KPDNKK sekiranya kuota yang
diberikan telah habis. BERNAMA
No comments:
Post a Comment