Ketika
majoriti umat Islam di seluruh dunia membantah filem 'Innocence of Muslims'
yang menghina Nabi Muhamad SAW, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula bertindak
sebaliknya dengan menempelak tindakan bantahan itu sebagai beremosi dan cepat
melenting.
“Tindak
balas ganas terhadap filem yang menghina Islam, dia (Anwar) bersetuju bahawa
terdapat satu ‘masalah dalam jiwa umat Islam..mudah marah dan emosi,” lapor
Eddie Barnes, wartawan The Scotsman, media terbitan British, ketika menemu bual
Anwar semasa Ketua Pembangkang itu melakukan lawatan ke United Kingdom
baru-baru ini.
Wartawan
The Scotsman melaporkan kata-kata Anwar itu dalam artikel yang bertajuk, “Eddie
Barnes: Tough challenge to heal the divides in Malaysia“.
Wawancara
itu turut dimuat turun di laman peribadi Anwar, anwaribrahimblog.com.
Ketika
disoal tentang bantahan pemerintah Malaysia terhadap filem itu, Anwar berkata,
“mereka berpura-pura bercakap membela Islam apabila mereka terang-terangan
korup dan tidak adil. Itulah sikap kumpulan yang sedang memegang kuasa.”
Eddie
Barnes juga turut melaporkan cemuhan Anwar terhadap langkah kementerian
pendidikan Malaysia yang menerbitkan satu garis panduan mengenal pasti
kecenderungan homoseksual di kalangan pelajar, sebagai langkah ‘gila’. -AIDCNews /gerakan-anti-pkr.blogspot.com
KD: Apa yang diharapkan dari seorang pemimpin Islam yang menganggap bantahan aman terhadap filem biadap yang menghina Rasulullah sebagai reaksi berlebihan dan hipokrasi? Juga, apakah yang diharapkan dari seorang pemimpin Islam yang rela berdemonstrasi dan untuk perkara-perkara yang bukan isu, termasuk untuk melepaskan diri sendiri dari undang-undang tetapi enggan berdemonstrasi untuk membela Rasulullah SAW? Akhir sekali, apa yang diharapkan dari seorang pemimpin Islam yang sanggup menyanjung karya yang menghina Islam dan Rasulullah SAW? Sama-samalah kita menilai pendirian pemimpin ini.

No comments:
Post a Comment