SUNGAI PETANI
- Kementerian Dalam Negeri akan bertindak tegas dan menyegerakan proses
undang-undang terhadap pelaku tindakan biadap melakukan provokasi mahu menukar
Jalur Gemilang, memijak gambar Perdana Menteri serta memaki hamun pemimpin
negara pada satu perhimpunan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menterinya
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau mahu dalang dan 'desperado'
atau golongan terdesak politik ini dihadapkan ke muka pengadilan kerana
kepentingan rakyat yang majoritinya mahu melihat mereka diadili mengikut
peraturan dan undang-undang yang ada.
"Rakyat
kebanyakannya kini sudah jemu dan meluat dengan tindakan desperado politik ini
yang sudah merasa mereka akan kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lantas
bertindak dan mencipta isu membangkitkan kebencian rakyat terhadap pemimpin
kerajaan kini," katanya.
Beliau berkata
demikian kepada pemberita selepas
merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Merbok yang dihadiri kira-kira
300 perwakilan di Dewan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok dekat sini hari
ini.
Hishammuddin
yang juga Naib Presiden Umno berkata polis sedang giat menjalankan siasatan dan
pihak Peguam Negara pula akan mendakwa jika terdapat bukti kukuh mereka yang
terlibat.
Katanya pihak
pembangkang sering menuding jari menjadikan Umno sebagai kambing hitam segala
aktiviti liar tetapi pembangkang akan menyaksikan kebenaran setelah siasatan
selesai dijalankan.
" Kita
tidak akan bertolak ansur dengan kerja-kerja negatif yang cuba menyemarakkan
semangat bencikan pemimpin kerajaan yang selamanya dijadikan bahan
cercaan," katanya.
Dalam
perkembangan lain, Hishammuddin berkata pihak berkuasa Malaysia bekerjasama
dengan pihak keselamatan Thailand bagi memantau aktiviti pihak pemisah di sana
yang dikatakan memacak Jalur Gemilang pada lokasi-lakosi selepas pengeboman
dilakukan di Selatan Thailand baru-baru ini.
Beliau berkata
Kementerian Luar juga turut memainkan peranannya dalam menangani isu sama. -
Bernama
No comments:
Post a Comment