PM beri petunjuk
PRU November
SANDAKAN: Angka 11 kini menjadi nombor yang bermain di
fikiran Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak terutamanya apabila beliau seolah-oleh
membayangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) berkemungkinan diadakan pada
November depan.
Walaupun tidak memberikan gambaran tepat, Perdana Menteri
berkata tahun ini dilihat unik apabila angka 11 mempunyai hubungkait bagi
beberapa sambutan atau perayaan besar dalam negara.
Menurut Najib Umno berusia 66 tahun tahun ini, Malaysia
meraikan sambutan kemerdekaan ke-55 dan Umno Sabah berusia 22 tahun.
Jelas beliau nombor-nombor berkenaan boleh dikaitkan dengan
11 jika didarabkan.
"Enam darab 11 bersamaan 66, lima darab 11 bersamaan
dengan dan 2 darab 11 bersamaan 22. Faktor angka 11 muncul dalam semua perkara,
ia adalah unik dan baik," kata kepada penyokong parti namun tidak
menjelaskan sama ada beliau sedang mencari tarikh yang sesuai pada bulan
November untuk mengadakan pilihan raya.
No comments:
Post a Comment