-Oleh MOHD
FARHAAN SHAH
Tarikan utama di Legoland Malaysia, miniatur Menara Berkembar Petronas. |
Sekumpulan 15
jurubina Lego hanya memerlukan tempoh kira-kira setahun untuk menyiapkan
pemasangan miniatur Menara Berkembar Petronas, salah sebuah projek gergasi
taman tema Legoland Malaysia yang terletak di Nusajaya, Johor.
Miniatur
bangunan pencakar langit setinggi 10 meter itu adalah menara tertinggi yang
terdapat di taman tema Legoland seluruh dunia.
Menurut pereka
bentuk Legoland, Eric Hunter yang juga ketua jurubina untuk projek tersebut,
pasukannya telah berkunjung ke Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur untuk
mengkaji pembinaan dan struktur bangunan tersebut.
Beliau
berkata, pasukannya mengambil masa selama 5,500 jam untuk memasang lebih
542,000 kepingan lego bagi membina menara berkembar itu.
"Di dalam
menara berkembar itu, lapan meter besi dan logam dipasang untuk menampung
miniatur tersebut.
"Jika
sesiapa saja ingin cuba membina bangunan tersebut dengan sendiri, ia akan
mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan," kata Hunter ketika
ditemui di tapak miniatur menara berkembar itu di Legoland Malaysia, baru-baru
ini.
Miniatur
Menara Berkembar Petronas itu adalah satu daripada 12 model lego yang mewakili
17 bangunan terkemuka di Asia Tenggara yang terdapat di taman tema itu.
Salah seorang
jurubina berasal dari Taiping, Muhammad Khairul Zainon Noor, 27, yang diberi
penghormatan untuk memasang kepingan lego terakhir di puncak menara berkembar itu
berkata ia adalah pencapaian terbaiknya setakat ini.
"Ini
adalah saat paling membanggakan dalam hidup saya," katanya.
Pengurus Besar
Legoland Malaysia, Siegfried Boerst berkata, kerja-kerja pembinaan taman tema
seumpamanya pertama di Asia hampir siap dan akan dibuka kepada umum pada 15
September ini.
Miniatur Masjid
Putrajaya
|
"Taman
tema itu hampir siap dengan kebanyakan laluan dan infrastruktur sudah dipasang
sepenuhnya.
Miniatur
bangunan Perdana Putra turut tersergam indah.
|
"Dalam
tempoh beberapa minggu lalu, kami sudah melakukan kemasan terakhir di taman itu
dengan menguji laluan untuk roller coaster, memasang 15,000 model lego dengan
50 juta kepingan lego," katanya.
Seorang pekerja melakukan kemasan terakhir pada model lego. |
Boerst
berkata, kira-kira 45,000 pas tahunan telah dijual dalam tempoh tiga bulan
lalu.
Untuk maklumat
lanjut sila layari http://www.legoland.my.
No comments:
Post a Comment