SUARAM: SOROS SALUR RM0.5 JUTA?
KUALA LUMPUR
10 Sept. - Open Society Institute yang diasaskan oleh penyangak mata wang,
George Soros menyalurkan dana lebih AS$180,000 (RM558,556.92) kepada Suara
Rakyat Malaysia (Suaram) sepanjang tempoh 2007 hingga 2010.
Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob berkata, berdasarkan siasatan, tempoh penerimaan dana tersebut adalah
pada 2007, 2008 dan 2010.
"Melalui
surat tawaran, Open Society Institute telah menyalurkan dana sebanyak AS$60,000
(RM186,144.11) pada 17 Oktober 2007, AS$68,775.65 (RM213,361.35) (18 Disember
2008), AS$60,000 (RM186,144.11) (12 Februari 2010) kepada Suaram.
"Ketiga-tiga
surat tawaran geran dana tersebut telah diterima dan ditandatangani masing-masing
oleh Pengarah Eksekutif Suaram, Yap Swee Seng pada tahun 2007 dan 2008 serta
Pemangku Pengarahnya, Kua Kia Soong (2010)," katanya.
Beliau berkata
demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan Kad Diskaun Siswa
1Malaysia (KadS1M) di Universiti Malaya (UM), di sini hari ini.
Jelas beliau,
Suaram tidak boleh menerima sebarang dana ekoran status mereka yang tidak
pernah berdaftar di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).
"Kalau
Suaram tidak didaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan, saya nak tanya apa locus
standi untuk menerima wang dan menandatangani perjanjian dengan Open Society
Institute?
"Jika
mereka memberi alasan bahawa Suaram di bawah Suara Inisiatif Sdn. Bhd. (Suara
Inisiatif), maka yang boleh menandatangani adalah Suara Inisiatif bukan Suaram,"
katanya.
Menurut
beliau, dalam surat tawaran geran dana berkenaan juga menyatakan Suaram
dikehendaki menghantar laporan perbelanjaan serta aktiviti yang dijalankan
menggunakan dana berkenaan kepada yayasan tersebut.
"Kalau
benar yayasan George Soros terlibat, ia sesuatu perkara yang malang bagi kita,
sebab dia dikenali sebagai individu yang mensabotaj ekonomi Malaysia.
"Lebih
menghairankan bagaimana satu pertubuhan dalam negara boleh bersekongkol dengan
individu yang merosakkan ekonomi kita," katanya.
Tambah Ismail
Sabri, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan mengadakan mesyuarat dengan
Bank Negara dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada Rabu ini untuk proses
siasatan selanjutnya.
Sementara itu,
pada majlis berkenaan, Ismail Sabri menyerahkan sejumlah 22,500 Kad KADS1M
kepada pelajar UM yang membolehkan pemilik kad menikmati diskaun antara 10 dan
60 peratus untuk barangan terpilih.
Ismail Sabri
menjangkakan proses pengedaran KADS1M kepada semua 1.5 juta pelajar IPT awam
dan swasta selesai sebelum Oktober ini.
"UM
merupakan universiti kelima menerima KADS1M dan bagi pelajar UM yang baru
mendaftar minggu lepas, mereka akan menerima kad itu pada September juga,"
katanya. –Utusan Online
No comments:
Post a Comment