Angin monsun timur laut dijangka akan bertiup sepenuhnya ke lima negeri pada bulan depan dan orang ramai diberi amaran untuk bersedia menghadapi banjir besar.
Menurut
Jabatan Pengairan dan Saliran, monsun dijangka melanda pantai timur dan
beberapa bahagian lain di negara ini dan banjir akan berlaku terutamanya di
Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor, Sabah dan Sarawak, antara November
dan Mac.
Pengarah
Bahagian Hidrologi dan Sumber Air Datuk Hanapi Mohamad Noor berkata purata
hujan tahunan adalah 3,000 mm, dan menambah: "Dengan 1,800mm yang
dicatatkan dari Januari kepada September, ia dijangka akan lebih 1,200mm dari
Oktober hingga Disember dan ini merupakan jumlah yang banyak."
Hanapi
berkata banjir yang akan berlaku jika hujan yang turun dalam bulan tersebut
berterusan selama satu hingga tiga hari di kawasan yang sama.
Dari bulan
Oktober tahun lepas sehingga bulan lepas, 227 kes banjir telah dilaporkan,
dengan Selangor mencatat kes paling banyak 70, diikuti dengan Perak 40.
Hanapi
berkata Selangor sering dilanda banjir kerana ia "terdedah" kepada
hujan monsun barat daya, hujan monsun timur laut dan hujan konvensional. Beliau
juga berkata Kuala Lumpur akan menghadapi banjir kilat dari pertengahan
November hingga Mac, tetapi disebabkan hujan konvensional. -mStar
No comments:
Post a Comment