Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) mengenal pasti hilang pendengaran, penyakit kulit dan penyakit paru-paru sebagai penyakit berbahaya yang sering menghantui kalangan pekerja di abad ini.
Timbalan
Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan berkata pekerjamenghidapi tiga
penyakit itu akibat tekanan atau stres di tempat kerja.
"Pertubuhan
Buruh Antarabangsa (ILO) juga telah mengenal pasti tekanan di tempat kerja
sebagai satu bencana paling utama dan perlu ditangani dengan segera,"
katanya ketika berucap di majlis pelancaran Seminar Kesihatan Pekerjaan
Kebangsaan 2012 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, Khamis.
Beliau
berkata mengikut Akta Kilang dan Jentera 1967, Peraturan-peraturan Kilang dan
Jentera (Pendedahan Bising), pekerja tidak boleh terdedah melebihi 90 desibel
secara berterusan atau melebihi had-had yang dinyatakan di dalam JadualPertama
atau melebihi dos bising harian serta tiada pekerja boleh terdedahkepada paras
bising melebihi 115 decibel pada bila-bila masa.
Pekerja
yang terdedah kepada bahan kimia, habuk kayu yang membawa kepada alahan atau
keradangan kulit akan mengakibatkan penyakit kulit kepada pekerja, katanya.
Maznah
berkata daripada 1,198 kes yang dilaporkan tahun lepas, sektor
pengilangan mencatatkan bilangan penyakit dan keracunan pekerjaan disiasat paling banyak iaitu 559 kes diikuti sektor kemudahan (92 kes) dan sektor perkhidmatan awam (81 kes).
pengilangan mencatatkan bilangan penyakit dan keracunan pekerjaan disiasat paling banyak iaitu 559 kes diikuti sektor kemudahan (92 kes) dan sektor perkhidmatan awam (81 kes).
Beliau
berkata rekod Pertubuhan Keselamatan Sosial menunjukkan bilangan kes yang
terlibat dengan bencana pekerjaan dan penyakit pekerjaan meningkat setiap
tahun.
Sehubungan
itu, beliau mencadangkan pengamal bidang kesihatan perubatanmewujudkan
persatuan khas bagi menjaga kebajikan pekerja selain meningkatkanusaha
menerapkan ilmu pengetahuan, kepekaan tentang keselamatan kesihatanpekerjaan
dan melaporkan kes bencana tempat kerja dan penyakit pekerjaan kepadaJKKP.
Seminar
tersebut dianjurkan JKKP dengan kerjasama HKL dalam usaha mengurangkan
kemalangan di tempat kerja melalui pendedahan mengenai hazad kesihatan selain
mengenal pasti penyakit dan keracunan pekerjaan yang sering berlaku di tempat
kerja. –BERNAMA/MStar
No comments:
Post a Comment