BESUT:
Bekas Naib Presiden PAS Datuk Dr Hasan Ali berkata beliau akan tetap bersama
PAS walaupun terus mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam parti itu yang
didakwanya hampir 75 hingga 80 peratus kepimpinannya dipengaruhi kumpulan
Anwarinas.
"Saya
akan tetap bersama PAS dan tidak akan menyertai Umno. Justeru, keputusan saya
perlu dihormati semua pihak," katanya kepada Bernama selepas majlis dialog
dengan penjawat awam anjuran Majlis Belia daerah di sini, Selasa.
Beliau yang
juga Presiden Jalur Tiga (JATI) menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang
menuduhnya 'dibeli' Umno bagi mengadakan ceramah di pentas Umno di seluruh
negara.
"Sehingga
sekarang, saya berceramah adalah atas prinsip menegakkan Islam di negara ini
walaupun terpaksa menggunakan belanja sendiri," katanya.
Berhubung
dakwaannya mengenai kumpulan Anwarinas dalam PAS, beliau berkata kumpulan itu
kini bukan sahaja bertindak sebagai pelindung, penggerak malah sebagai
jurucakap dalam PAS hingga menyebabkan kumpulan ulama semakin terpinggir dan
tidak dipedulikan lagi.
Beliau
berkata ramai golongan ulama semakin di perkecilkan peranan mereka dan termasuk
dipecat kerana lantang bersuara dalam memperjuang agama Islam.
"Justeru,
orang ramai jangan hairan sekiranya dalam masa yang terdekat PASakan memecat
lebih ramai lagi golongan ulama termasuk (bekas Timbalan PresidenPAS)
Nasharudin Mat Isa kerana memperjuangkan Islam," katanya. BERNAMA/mStar
No comments:
Post a Comment