logo
baru MAS
|
Bagaimanapun,
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pesawat-pesawat MAS yang
lain masih mengekalkan logo korporat asal dengan warna merah dan biru.
"MAS
sedang giat melaksanakan pelan pemulihan syarikat dengan sasaran untuk
mencatatkan keuntungan menjelang tahun 2014.
"Antara
strateginya adalah untuk menarik semula penumpang melalui penjenamaan semula
MAS dan memperkenalkan logo baru eksklusif untuk pesawat Airbus A380 yang
merupakan pesawat kemegahan baru," katanya dalam jawapan bertulis kepada
soalan Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju).
Najib yang
juga Menteri Kewangan berkata MAS bagaimanapun tidak dapat mendedahkan maklumat
mengenai kos penjenamaan semula kerana terikat dengan peruntukan kerahsiaan
dalam kontrak berkenaan.
Katanya
peruntukan berkenaan merupakan peruntukan standard dalam mana-mana kontrak untuk
melindungi kepentingan pihak yang terlibat. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment