Setiausaha
dewan itu, Syeikh Zainol Asri Ramli berkata, DAP tidak sepatutnya bertindak
demikian kerana terdapat perkara yang Pas boleh berpakat dengan DAP dan ada
juga perkara yang tidak boleh, dalam pakatan pembangkang.
"Pada
saya, kita (Pas) nak jaga sangat DAP tetapi DAP tidak jaga hati kami.
Sebenarnya kerjasama dalam pakatan (pembangkang) bersifat longgar dan fleksibel
kerana ada benda yang boleh dan ada benda yang tidak boleh kita berpakat,"
katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau
mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Lee Guan Aik semalam yang menegaskan DAP
tidak sekali-kali akan membenarkan undang-undang berunsurkan Islam dilaksanakan
di negeri ini termasuk pelaksanaan garis panduan papan iklan oleh Majlis
Bandaraya Alor Setar (MBAS). -UtusanOnline
No comments:
Post a Comment