ALOR SETAR - DAP Kedah sekali lagi menegaskan mereka akan menentang undang-undang
yang berunsurkan Islam jika ia mahu dilaksanakan di negeri itu.
Pengerusinya,
Lee Guan Aik berkata, tindakan itu termasuk dalam soal pelaksanaan garis
panduan papan iklan antaranya menggunakan model berpakaian sopan dan perlu
bertudung jika beragama Islam.
Katanya,
sebarang perkara berkaitan undang-undang Islam perlu dipersetujui oleh semua
parti dalam pakatan pembangkang di peringkat Pusat dan negeri.
"DAP
negeri sekali lagi ingin menegaskan dan menjelaskan bahawa kami tidak akan
memberi sokongan terhadap undang-undang hudud atau apa sahaja berkaitan isu
negara Islam," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Guan Aik
mengulas kenyataan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Datuk Mat
Noh Ahmad berhubung garis panduan pemasangan papan iklan di kawasannya yang
meliputi penggunaan bahasa, landskap dan pakaian model iklan. –UtusanOnline
KD: Agak pelik kenapa dan mengapa DAP
beriya benar membantah undang-undang ini? Sedangkan ia hanya mengkhususkan orang
Islam. Manakala orang bukan Islam tidak perlu berbuat demikian. Mungkin alasannya,
mereka masih tidak jelas dengan hukum-hakam Islam. Namun pada zaman serba
proaktif ini semua agama perlu ‘berpengetahuan’ tentang sensitiviti agama lain.
Apatah lagi agama Islam adalah agama rasmi negara. Jadi, mahu tidak mahu, mereka
perlu ‘ambil tahu’.
No comments:
Post a Comment