BANDAR
COTABATO: Sepanduk yang mengisytiharkan “Perang Bukan Jawapannya” dan “Keamanan
Adalah Sebaik-baiknya” diarak di jalan berlekak-lekuk dan berdebu ke Kem
Darapanan, ibu pejabat pentadbiran Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).
Di
hadapannya terdapat sekatan jalan oleh tentera bersenjata MLFP di pintu masuk
ke kem yang menggantungkan sepanduk warna hijau dengan ayat yang tertera:
“Allahu Akhbar… Hidup Lama! Kerajaan Bangsamoro”.
Suasana
begitu meriah di kem pada malam Ahad sebelum hari ini (Isnin) yang menyaksikan
memeterai perjanjian damai awal antara Kerajaan Filipina dan MILP, apabila masing-masing
begitu yakin memperoleh keamanan akan menjadi realiti.
Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba di Manila pada Ahad, akan
menyaksikan majlis menandatangani itu istana presiden Malacanang bersama-sama
dengan Presiden Filipina, Benigno Aquino III dan Ketua MILF, Murad Ibrahim.
Ia akan
ditandatangani oleh Ketua Perunding Filipina, Marvic Leonen dan Ketua Perunding
MILF, Mohagher Iqbal.
Istana itu
melancarkan permaidani mereah untuk 200 pegawai yang meninggalkan sebuah
pesawat yang disewa di sini pada Ahad.
Perjanjian
damai itu, yang mendapat bantuan Malaysia, telah membawa harapan baru buat
mereka di tanah Moro yang dilanda kemiskinan dan terperangkap dalam konflik
bersenjata selama empat dekad.– mStar
KD: Malaysia sebagai negara jiran, mendoakan
semoga perjanjian ini dimeterai dengan jayanya. Kehadiran PM kita ke sana untuk
menjadi saksi perjanjian damai itu membuktikan Malaysia mempunyai peranan yang signifikan
dalam merealisasikan usaha damai.
No comments:
Post a Comment