Program
Safe Camera (SafeCam) Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang dijalankan untuk
mempertingkat tahap keselamatan awam dan mengurangkan kadar jenayah, akan
diperluas secara berperingkat.
Menteri
Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata bagaimanapun,
pihaknya akan melihat keberkesanan program itu terlebih dahulu sebelum
memperluaskannya, namun tidak memberi sebarang tempoh masa untuk berbuat
demikian.
"Buat
masa ini, ia dilaksanakan di kawasan Iskandar Malaysia (Johor Selatan) dan kita
akan lihat keberkesanannya dahulu sebelum diperluas ke negeri lain,"
katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Menandatangani Memorandum
Persefahaman (MoU) Safecam PDRM dan Penyerahan Geran Persatuan Penduduk Johor
Selatan hari ini.
Menerusi
program ini, syarikat swasta, agensi kerajaan atau orang ramai yang mempunyai
kamera litar tertutup (CCTV) di premis mereka boleh menjadi anggota SafeCam
PDRM dengan mendaftarkan CCTV mereka dengan pihak polis. – BERNAMA/UtusanOnline
KD: Idea yang bagus dari PDRM.. namun keberkesanannya memerlukan komitmen yang mantap dari pihak PDRM sendiri serta sokongan dari semua pihak..
No comments:
Post a Comment