KUALA
LUMPUR 21 Nov. - Keputusan Pas untuk mencadangkan Presidennya, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang dilantik sebagai Perdana Menteri membuktikan parti itu sudah mula
sangsi dengan kemampuan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memegang jawatan
tersebut.
Ahli Majlis
Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, keputusan itu merupakan satu
bentuk protes secara senyap kerana ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi tidak
mahu seorang pemimpin yang sudah terpalit dengan masalah moral dan berfahaman
pluralisme itu memimpin negara.
Kata
beliau, tindakan tersebut sekali gus membuktikan wujudnya kecelaruan perpaduan
dalam pakatan pembangkang.
"Saya
yakin ramai ahli Pas mula percaya Anwar ada masalah moral dan tidak boleh jadi
Perdana Menteri.
"Ini
hanya lakonan politik semata-mata untuk menunjukkan mereka berpadu walaupun
pada hakikatnya perpaduan mereka tidak seperti digambarkan," katanya
kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Kemelut
pelantikan Perdana Menteri itu mula timbul apabila akar umbi Pas dalam muktamar
tahunannya baru-baru ini mendesak Abdul Hadi dilantik menjadi Perdana Menteri
sekiranya pakatan pembangkang menang Pilihan Raya Umum Ke-13.
Bagaimanapun,
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan jelas menolak cadangan yang mahu
Abdul Hadi menjadi Perdana Menteri.
Mohd. Puad
berkata, pakatan pembangkang turut mengalami kecelaruan pemimpin apabila tidak
ada gambaran siapa menjadi ketua mereka apatah lagi untuk mencari kesepakatan
dalam pelantikan Perdana Menteri.
"Kalau
dalam sistem parti pun tidak demokratik, macam mana mahu pilih Perdana Menteri
secara demokratik dalam kalangan mereka.
"Saya
yakin apa yang berlaku dalam Muktamar Pas baru-baru ini kerana ada tanda-tanda
tidak wujud persefahaman dan saling percaya.
"Mereka
boleh diumpamakan seperti perkahwinan gay sebab kita tidak tahu siapa 'ibu'
atau 'bapa' mereka," katanya. –UtusanOnline
No comments:
Post a Comment