MELBOURNE:
Australia tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum dilaksanakan di
Malaysia walaupun menerima rayuan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menteri
Luar Australia Senator Bob Carr, berkata pilihan raya di Malaysia adalah urusan
rakyat Malaysia sendiri.
“Amat sukar
bagi Australia berbuat sesuatu mengenai cara ia dilaksanakan, sama sukarnya
bagi Malaysia atau kerajaan lain untuk menganjurkan bagaimana pilihan raya di
Australia perlu diadakan.
“Kami bukan
pihak berkuasa pilihan raya bagi Malaysia,” katanya kepada ABC Radio di sini.
Carr
bagaimanapun berkata, Australia ingin melihat pilihan raya diadakan secara
bebas dan adil di semua negara.
Anwar
dilaporkan menulis kepada Carr, meminta Australia membantu dalam memastikan
pilihan raya umum akan datang di Malaysia, yang berkemungkinan diadakan awal
tahun depan, bebas daripada penipuan dan rasuah.
Carr
berkata, Anwar secara peribadi menimbulkan kebimbangan itu dalam pertemuan
mereka ketika beliau melawat Malaysia baru-baru ini.
Beliau juga
menolak andaian bahawa Australia akan menghantar pemantau pilihan raya ke
Malaysia dan menegaskan perkara itu perlu dipohon oleh Malaysia.
Carr turut
menangkis andaian Canberra enggan bertindak kerana ingin memelihara hubungan
baik dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang
pihaknya sedang mengadakan rundingan berkaitan perjanjian pertukaran pencari
suaka. BERNAMA/BHarian
No comments:
Post a Comment