KUALA
LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berikrar akan bersama seluruh saf kepemimpinan
UMNO untuk terus mendahulukan kesejahteraan rakyat, memartabat orang Melayu
serta membenteng akidah umat dan memelihara agama Islam.
UMNO tidak
akan berundur “Walau apapun rintangan melanda, biar apapun cabaran menghalang,
UMNO tidak akan berpulang walau setapak, UMNO tidak berpatah jalan.
“UMNO
takkan berdalih dalam menjulang sebuah kebaktian. UMNO dan Barisan Nasional
(BN) akan mara di barisan hadapan, menghadapi musuh dari luar mahupun
dalam," katanya dalam ucapan dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO
ke-63, semalam.
Dalam
ucapan bersemangat bertemakan 'Kepimpinan Transformatif Menuju Wawasan
Nasional', Perdana Menteri menegaskan UMNO dan BN akan menggunakan segala
kudrat yang ada bagi memenangi hati dan fikiran rakyat di gelanggang
demokratik.
“Kita
percaya, rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik dan kita yakin
bahawa UMNO dan Barisan Nasional yang mampu menawarkan yang terbaik untuk
rakyat Malaysia.
“Di sini,
di sinilah kita dilahirkan, di sini... di sinilah tangis kita mula bergema. Di
sini kita membina keluarga dan di sinilah kita melakar masa depan.
“Di sinilah
juga, dengan izin Allah SWT yang Maha Berkuasa, kita akan bersemadi untuk selama-lamanya,”
katanya disambut tepukan gemuruh perwakilan.
PRU13 titik penentuan
Sehubungan
itu, Najib mengingatkan rakyat bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) kelak
bukanlah satu pilihan raya yang biasa.
“Ia
merupakan titik penentu kepada destinasi rakyat dan negara. Pilihan raya inilah
yang akan mencorakkan rupa wajah Malaysia hari esok untuk ditinggalkan kepada
anak-anak kita.
“Antara
sebuah Malaysia yang maju berteraskan nilai serta matlamat dikongsi bersama
atau Malaysia yang mundur terpisah oleh tembok ghaib dipalit rasa prasangka dan
prejudis,” katanya.
Perdana
Menteri menegaskan negara akan hancur, runtuh dan tenggelam jika rakyat
terpedaya dengan fitnah dan janji palsu pembangkang.
“Sudah
barang pasti UMNO tidak akan membiarkan semua itu berlaku. Jika kita kehilangan
harta, ia boleh dicari ganti. Jika kita hilang darjat kedudukan, ia dapat
dipulih semula.
“Tetapi,
jika kita kecundang dalam perjuangan ini, kita sudah tidak punya apa-apa lagi.
Kita akan melukut di tepi gantang. Akhirnya, terbangsat dan merempat di tanah
sendiri,” katanya. -BHarian
No comments:
Post a Comment