KUALA
LUMPUR: Aura dan semangat Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak menyampaikan
ucapan dasar di hadapan perwakilan turut dirasai pemerhati luar negara,
semalam.
Wakil Parti
Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Arthur Fong, berkata ucapan beliau amat
bersemangat dan menerima respon memberangsangkan.
Saya
menghargai kesudian UMNO menjemput wakil kami menyertai perhimpunan besar
sebegini dan sangat berbangga dengan kejayaan negara Islam seperti
Malaysia," Malahat Ibrahimgizi, Wakil Kerajaan Azerbaijan
“Ucapan
berkenaan menyentuh semua lapisan masyarakat dan mempunyai perspektif yang
luas, dalam masa sama, beliau (Najib) tidak lupa mengingatkan generasi muda
mengenai jasa pemimpin terdahulu.
“Dalam
ucapan dasarnya Najib turut menggambarkan bagaimana beliau sentiasa berusaha
untuk rakyat malah disayangi rakyat,” katanya ketika ditemui selepas mendengar
ucapan dasar Presiden, semalam.
Wakil
Kerajaan Azerbaijan, Malahat Ibrahimgizi, pula berkata perhimpunan kali ini
amat teratur dan bersifat progresif.
“Saya
menghargai kesudian UMNO menjemput wakil kami menyertai perhimpunan besar
sebegini dan sangat berbangga dengan kejayaan negara Islam seperti Malaysia.
Negara
Islam contoh
“Kami
berbangga ada negara Islam seperti Malaysia bergerak maju dan berdoa yang
terbaik untuk Barisan Nasional (BN) dan Malaysia,” katanya.
Duta
Palestin ke Malaysia, Abdelaziz Aboughosh pula menyifatkan Malaysia adalah
contoh terbaik bagi negara Islam yang mengamalkan konsep demokrasi.
“Malaysia
mengamalkan model demokrasi yang unik dan diamalkan dengan baik di kalangan
pelbagai etnik juga agama,” katanya.
Ucapan bermaklumat
Wakil Parti
Kongres Nasional Sudan, Ahmed Abdul berkata, ucapan Najib sangat berinformasi
dan penuh dengan maklumat berkaitan dengan pembangunan dijalankan di bawah
kerajaan BN.
“Kami
berharap dapat mempelajari bagaimana mereka menjaga dan memerintah selama 55
tahun hingga menjadi negara yang sedang pesat membangun,” katanya.
Sementara
itu, Ketua Perhubungan Antarabangsa Hamas, Usamah Hamdan, berkata beliau
percaya UMNO akan melaksanakan lebih banyak agenda yang memberi kesejahteraan
kepada rakyat.
“Kita
harapkan yang terbaik untuk rakyat Malaysia dan berdasarkan pengorbanan serta
sejarah UMNO menerajui negara ini, saya percaya UMNO akan melakukan lebih lagi
untuk rakyatnya,” katanya. -BHarian
No comments:
Post a Comment