KUALA
LUMPUR 29 NOV. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan ucapan dasar Presiden
UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menjawab segala tohmahan yang
dilemparkan pakatan pembangkang terhadap parti itu selama ini.
Bekas
Presiden UMNO itu berkata, ucapan dasar yang disampaikan oleh Najib turut
memperlihatkan semangat parti itu yang semakin kuat khususnya dalam menghadapi
cabaran pilihan raya umum akan datang.
"Saya
fikir ucapan itu adalah bernas, baik dan meliputi semua perkara. Ucapan itu
juga turut menjawab segala tohmahan yang dibuat parti lawan selama ini.
"Malah,
saya lihat semangat UMNO hari ini begitu kuat sekali. Malah, saya nampak UMNO
boleh bahkan lebih kuat dalam perhimpunan ini daripada biasa," katanya.
Mahathir
berkata demikian sebagai mengulas ucapan dasar Najib selaku Presiden UMNO
sempena perhimpunan agung parti itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di
sini hari ini. - Utusan Online
No comments:
Post a Comment