GEORGE TOWN: Jumlah pelaburan di Pulau Pinang untuk enam bulan pertama tahun ini agak lembap dan menurun berbanding negeri-negeri lain, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Datuk Muhkriz Tun Mahathir.
Beliau berkata jumlah pelaburan yang
diluluskan sehingga Jun lepas hanya RM1.8 bilion dan angka itu jauh lebih
rendah berbanding 2011 iaitu RM9.1 bilion.
"Tahun ini, Pulau Pinang jatuh
di tangga ke lapan selepas Selangor, Sabah, Sarawak, Johor, Terengganu, Kuala
Lumpur dan Perak, terdapat beberapa faktor menyebabkan perkara itu
berlaku," kata beliau kepada pemberita selepas majlis taklimat Lembaga
Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), di sini, Selasa.
Beliau berkata antara penyebab
pelaburan di Pulau Pinang berkurangan ialah industri elektrik dan elektronik
yang agak perlahan di peringkat global sekarang ini.
"Bukan MIDA tidak mempromosikan
Pulau Pinang kepada pelabur, tetapi kita tidak boleh memaksa mereka (pelabur)
untuk pilih (negeri) lagipun kekuatan pelaburan di Pulau Pinang ialah industri
elektrik dan elektronik dan bila di peringkat global industri itu sedikit
lembap, sudah pasti akan memberi kesan.
"Selain itu, negeri-negeri lain
seperti Terengganu dan Sarawak yang menawarkan pelaburan dalam industri minyak
dan gas telah menarik minat mereka (pelabur asing)," katanya.
Muhkriz berkata kerajaan Negeri Pulau
Pinang sebelum ini begitu berbangga kononnya membawa pelaburan yang paling
banyak sedangkan usaha membawa masuk pelabur adalah usaha MITI dan MIDA.
"Sebelum ini, Ketua Menteri (Lim
Guan Eng) mengumumkan mereka berjaya bawa masuk pelaburan sebanyak RM 10 bilion
pada tahun 2010, sedangkan semua itu dibuat oleh kerajaan terdahulu iaitu
Barisan Nasional(BN) kerana sesuatu pelaburan bukan mengambil masa yang
singkat.
"MIDA terpaksa mengambil masa
sehingga tiga atau empat tahun untuk menyakin pelabur melabur di negara kita,
dan kejayaan itu (yang diumumkan Lim pada 2010)adalah usaha kerajaan BN. Mereka
(BN) paling banyak membawa pelaburan semasa itu.
"Kalau betul mereka (kerajaan
negeri sekarang) boleh bawa masuk pelabur mengapa sehingga Jun lepas hanya
RM1.8 bilion sahaja pelaburan yang diluluskan di negeri ini, tahun 2012 sudah
empat tahun mereka memerintah," katanya.
Sementara itu, Muhkriz berkata kestabilan
politik penting untuk menarik pelabur dari luar negara untuk melabur di
Malaysia termasuk negeri-negeri yang ditadbir pembangkang.
Beliau berkata apa yang dilakukan
pembangkang seperti demonstrasi jalanan dan sebagainya telah mencemarkan imej
Malaysia yang sebelum ini dikenali sebagai bersih dan selamat. - BERNAMA/mStar
No comments:
Post a Comment