SHAH ALAM -
Tindakan mengaitkan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berhubung
“tiada paksaan dalam agama” seolah-olah menggalakkan gejala murtad adalah satu
rumusan tidak bertanggungjawab.
Pengerusi
Lajnah Perpaduan Nasional Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata,
kenyataan “tiada paksaan dalam agama”
adalah prinsip kemuliaan Islam tetapi ini bukan bermakna ia menggalakkan
kemurtadan.
"Mengaitkan
prinsip ini dengan rela murtad menunjukkan kecelaruan pemikiran golongan sempit
agama termasuklah sesiapa yang mengulangnya tanpa fahaman. Saya ada dalam
majlis itu sebagai pembicara.
"Kenyataan
ahli Parlimen Lembah Pantai itu dianggap seolah-olah menggalakkan kemurtadan
adalah satu rumusan yang tidak bertanggungjawab," katanya dalam satu
kenyataan, semalam.
Dr Mujahid
merupakan antara panel yang hadir bersama-sama Nurul Izzah dalam forum Islamic
State: Which version? Whose responsibility? di Subang Jaya Sabtu lalu.
Ahli
Parlimen Parit Buntar ini berkata, Nurul Izzah dalam forum tersebut juga
menyebut tentang perlunya pendidikan dan dakwah supaya agama Islam dipelihara.
"Tiada
paksaan bukan bermakna orang Melayu sewenangnya memilih agama lain kerana Islam
itu penghayatan. Itulah semangat ucapan Izzah apabila menjawab soalan dari
peserta tentang 'no compulsion'," katanya.
Menurutnya,
tindakan sesetengah pihak yang mengaitkan prinsip mulia 'tiada paksaan' sebagai
promurtad telah mencemarkan nama baik Islam.
"Itu
bukan apa yang diperkatakan oleh ahli Parlimen Lembah Pantai," katanya. -SinarHarian
No comments:
Post a Comment