- Lantik 2 peguam, saman 2 akhbar dan beberapa blog
SHAH ALAM -
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar telah mengarahkan dua peguamnya, Hanipa
Maidin dan Sulaiman Abdullah agar mengambil tindakan undang-undang ke atas dua
akhbar dan beberapa blog berkaitan laporan isu kebebasan beragama, yang didakwa
berbaur fitnah.
"Saya
telah mengarahkan peguam-peguam saya - Hanipa Maidin dan Sulaiman Abdullah -
untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Utusan Malaysia, Berita Harian,
serta kemungkinan beberapa media termasuk blog-blog, berkaitan laporan berunsur
fitnah akidah yang telah memutar belitkan sebahagian dari kenyataan penuh saya
tempoh hari," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nurul Izzah
yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, beliau tidak sanggup melihat
"fitnah akidah" diteruskan.
"Saya
tidak merelakan fitnah aqidah sebegini diteruskan dan tidak teragak-agak untuk
mengambil tindakan undang-undang, demi menegakkan kebenaran dan demi
keadilan," kata wakil rakyat penggal pertama ini. -SinarHarian
No comments:
Post a Comment