Pengerusi
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Azib Mohd Isa, berkata
baginda menolak sama sekali sebarang pandangan daripada mana-mana pihak bahawa
orang Melayu beragama Islam mempunyai kebebasan untuk memilih agama lain dan
keluar agama Islam. “Islam adalah salah satu syarat yang menentukan status
sebagai seorang Melayu seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 160 (2) Perlembagaan
Persekutuan.
Amat bahaya
“Oleh itu,
pemikiran liberalisme dan pluralisme ini amat bahaya kerana akan menghakis hak
kedudukan dan keistimewaan orang Melayu yang sedia termaktub dalam Perlembagaan
dan undang-undang negara,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Mohamad
Azib berkata, Sultan sebagai Ketua Agama Islam Selangor serta pelindung hak dan
kepentingan bangsa Melayu juga menitahkan soal berkaitan agama Islam jangan
dipolemikkan dan dijadikan modal politik untuk kepentingan pihak tertentu.
Tindakan itu,
titah baginda boleh mengelirukan dan memesongkan fahaman umat Islam berkaitan
agama Islam.
Mohamad
Azib berkata, sebagai penasihat Sultan Selangor, MAIS akan terus bertegas dalam
membantu baginda untuk bersikap waspada, peka dan tegas terhadap mana-mana
pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung, mencabar kemurnian agama
Islam, baik daripada segi fahaman mahupun amalan, khususnya di Selangor. -BHarian
No comments:
Post a Comment