SHAH ALAM -
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) perlu
melakukan siasatan ke atas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataannya berkaitan dengan kebebasan beragama,
kata Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini
Beliau
berkata siasatan itu perlu bagi mengelakkan umat Islam terkeliru, dan
memastikan tiada impak negatif terhadap umat Islam berikutan kenyataan itu.
" Saya
menyokong penyiasatan ini dan tindakan yang akan dilaksanakan Jais itu adalah
untuk sesuatu perkara yang positif, tiada orang Islam yang mengkehendaki
umatnya meninggalkan agama.
"Kita
mahu jati diri umat Islam itu kukuh dan ini adalah tanggungjawab seorang Islam
untuk menjaga umat Islam yang lain," katanya kepada pemberita di sini.
Beliau
berkata demikian bagi mengulas laporan sebuah portal berita yang memetik Nurul
Izzah sebagai berkata bahawa setiap rakyat di negara ini termasuk orang Melayu
tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu.
Mengulas
lanjut, Abdul Khalid yang juga merupakan Exco Hal Ehwal Islam negeri turut
bersetuju sekiranya Nurul Izzah tampil untuk memberikan penjelasan berhubung
kenyataannya itu.
"Setiap
laporan yang dikeluarkan media berhubung isu ini adalah berbeza-beza dan saya
tidak pasti mana kenyataan yang benar. Oleh itu saya bersetuju sekiranya beliau
(Nurul Izzah) mahu memberikan penjelasan mengenai perkara itu," katanya.
Dalam
perkembangan lain, Abdul Khalid berkata beliau akan menangguhkan cadangan
menubuhkan jawatankuasa bertindak bebas untuk mengkaji pembinaan dua blok
kondominium 29 tingkat berhampiran kuil di Batu Caves, kerana pihaknya masih
belum menerima kata putus dari individu yang dipilih untuk menganggotai
jawatankuasa itu.
"Individu
yang dipilih itu merupakan bekas peguam, ahli geologi dan perancang
bandar...Mereka ini belum memutuskan untuk menganggotai jawatankuasa ini, jadi
kita menangguhkan dulu cadangan menubuhkan jawatankuasa tersebut sehingga
mendapat persetujuan mereka," katanya.
Sebelum
ini, Abdul Khalid mengumumkan akan membentuk sebuah jawatankuasa bertindak
bebas berikutan cadangan pembinaan kondominium itu dibantah penduduk.- Bernama/SinarHarian
No comments:
Post a Comment