KUALA
LUMPUR: Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Hussin
berkata tindakan PAS mendoakan kehancuran UMNO bertentangan dengan ajaran Islam.
Sambil
melahirkan kekecewaan, beliau berkata, orang Islam tidak boleh mendoakan sesama
saudara hancur, sebaliknya perlu membantu dan mendoakan perkara baik.
Mereka
mendakwa kerajaan zalim tetapi sebenarnya kerajaan sudah melakukan banyak untuk
mengembangkan syiar Islam di negara ini termasuk dari segi pendidikan dan
pembangunan agama.
Setakat
ini, saya tidak melihat kerajaan mengabaikan kepentingan orang ramai, malah,
sentiasa membantu rakyatnya. Saya kecewa dalam menghadapi pelbagai musuh Islam
di dalam dan luar negara masih ada pihak yang mahu menggugurkan rakan seagama,
katanya.
Beliau
mengulas tindakan PAS menerusi kandungan doanya sempena program solat hajat di
Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Jumaat lalu, meminta UMNO dan BN dihancurkan.
Penasihat
Agama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin, berkata PAS sudah
mula diresapi fahaman firqah atau golongan ekstrem.
Beliau
berkata menggunakan perkataan jahanam dan mendoakan supaya UMNO hancur bukan
amalan Islam, sebaliknya datang daripada fahaman golongan Khawarij yang hanya
menganggap bahawa mereka saja betul berbanding dengan orang lain.
Memberikan
contoh keadaan Nabi Muhammad SAW yang dibaling dengan batu oleh penduduk Taif
ketika berdakwah, beliau menegaskan Baginda tidak mendoakan kehancuran mereka
malah berdoa supaya mereka akan beriman kepada Allah SWT.
Timbalan
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar, berkata
tindakan PAS mendoakan kehancuran UMNO sama seperti mendoakan kejatuhan Islam
dan Melayu kerana pemimpin dan ahli UMNO adalah kaum Melayu beragama Islam.
Mana-mana
doa untuk menghancurkan Melayu (UMNO), maknanya menghancurkan Islam dan Melayu,
katanya.
Noh yang
juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, apabila Melayu di negara
ini hancur, Islam juga akan mengalami kehancuran kerana Melayu dan Islam tidak
dapat dipisahkan.
Penganalisis
politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain menganggap
doa PAS sebagai doa gila kerana menyeru penyokongnya memusuhi dan membenci
saudara seagamanya sendiri.
Bekas Ahli
Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat, Mohd Noor Deris, berkata doa PAS boleh
memesongkan akidah seseorang Islam dan menanam rasa benci dalam kalangan umat
Islam.
Mufti
Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad enggan mengulas isu itu tapi
mengingatkan semua pihak yang doa bertujuan untuk kebaikan.
Mufti
Perlis, Dr Juanda Jaya berkata motif doa itu berkisar kepada hasrat menyokong
perpecahan.
Sepatutnya
umat Islam mendoakan kebaikan dan petunjuk untuk yang lain, manakala kaki pecah
belah perlu dijauhi oleh umat Islam, katanya. -BHarian
No comments:
Post a Comment