SHAH ALAM: Pemimpin tertinggi PAS semalam memberi jaminan akan tetap setia
bersama Pakatan Rakyat dan menolak khabar angin bahawa parti itu akan
bekerjasama dengan Umno.
Jaminan ini
dinyatakan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang apabila mengulas isu
perjumpaan pemimpin PAS dan Umno atas undangan Yang Dipertuan Agong baru-baru
ini.
Hadi
berkata demikian di Majilis Solat Hajat Perdana di Stadium Melawati, Shah Alam
bagi memohon Allah menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang hebat
diserang terutama isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.
"Majlis
ini dianjurkan oleh Pimpinan PAS Pusat untuk menyatakan kita akan bersama
dengan rakan Pakatan Rakyat dalam sebarang cabaran dan penentangan BN. Kepada
siapa sahaja rakan kita yang disentuh samada PAS, PKR dan DAP, kita akan
bersama dalam hadapi segala cabaran. PR satu Pakatan yang makin hari makin
kuat. Ini kenyataan terbuka yang kita nyatakan secara praktikal pada malam
ini," katanya.
Majlis
anjuran PAS Pusat ini mendapat sambutan luar biasa apabila hampir 10 ribu
hadirin membanjiri kawasan stadium menyertai acara solat hajat dan memberi sokongan
terhadap kerajaan Negeri.
Turut hadir
di Majlis tersebut ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul AM
PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta pelbagai pemimpin dari kedua parti ini.
Dalam
ucapan beliau, Nik Aziz menyentuh pengkhianatan Umno ketika PAS menjadi
komponen Barisan Nasional.
"Dia
nak bela Melayu tapi Melayu Kelantan tak nak bela. Inilah Umno. Nak suruh PAS
berpadu dengan dia. Kita dah masuk BN, itupun dengan permintaan Allahyarham Tun
Razak.
"Bila
masuk dia tendang kita. Saya ingat pepatah arab. 'Anjing yang kurus, bagi makan
sampai gemuk, dia gigit kita balik. Oleh yang demikian bila dia minta balik
bersungguh minta balik bekerjasama kita kata tidak," kata Nik Aziz . -TVSelangor
No comments:
Post a Comment