1.9 JUTA PERMOHONAN BARU BR1M 2.0
DITERIMA SETAKAT 12 DISEMBER
KUALA LUMPUR: Sebanyak 1.9 juta
permohonan bagi program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 diterima setakat 12
Disember lepas, persidangan Dewan Negara diberitahu.
Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Donald Lim Siang Chai berkata jumlah itu meliputi 1.4 juta pemohon bujang
dan 435,232 pemohon isi rumah (keluarga).
Pengagihan BR1M 2.0 akan bermula pada
awal 2013 dan dijangka dapat memanfaatkan 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta
individu bujang yang melibatkan peruntukan sebanyak RM3 bilion," katanya
menjawab soalan Senator Chew Lee Giok.
Lim berkata pendaftaran BR1M 2.0
telah bermula 1 November lepas dan akan berakhir 31 Disember ini. –BERNAMA/mStar
No comments:
Post a Comment