KUALA
LUMPUR 18 Dis. - Sistem pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP
sempena kongres parti itu Sabtu lalu jelas merupakan satu penghinaan kepada
sistem demokrasi yang diamalkan bukan sahaja di Malaysia, tetapi di kebanyakan
negara luar.
Ketua Penerangan
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kasim berkata, ini
terbukti apabila pemilihan jawatan Timbalan Pengerusi, Naib-naib Pengerusi dan
Setiausaha Agung tidak diundi oleh 2,576 perwakilan yang hadir, sebaliknya
ditentukan oleh anak-beranak Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.
"Sudah
terang lagikan bersuluh bahawa DAP hanyalah demokratik dari segi nama partinya
sedangkan amalannya adalah jauh panggang dari api, ibarat telunjuk lurus
kelingkingnya berkait.
"Cara
melantik kepimpinan utama parti yang mereka lakukan diharap membuka mata, hati
dan minda rakyat bahawa demokrasi yang dilaungkan selama ini hanya ibarat madu
berisi racun dan tak lebih daripada slogan kosong semata-mata," katanya
dalam satu kenyataan hari ini.
Ruslan, Pengerusi DAP, Karpal Singh juga hipokrit kerana sering melaungkan
slogan ketelusan, integriti dan demokrasi sedangkan jawatan yang disandang
bukan dipilih ahli parti tetapi didakwanya melalui pelantikan.
Oleh itu,
katanya, Karpal tidak layak untuk menentukan calon Perdana Menteri bagi pakatan
pembangkang seperti tindakannya menegaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar
Ibrahim bakal mengepalai kerajaan jika pakatan menguasai kerajaan kelak.
Menurutnya,
atas sebab itu, para pemimpin DAP tidak layak menuduh kerajaan Barisan Nasional
(BN) tidak demokratik atau tidak telus dan parti itu juga seharusnya tidak
mendabik dada kononnya mereka menjuarai konsep demokrasi.
"Rakyat
Malaysia harus sedar jika DAP diberi peluang memerintah negara, mereka akan
mengamalkan pemerintahan ala kuku besi atau autokratik kerana sebarang
keputusan penting akan hanya ditentukan oleh bapa dan anak sahaja.
"Perkasa
menyeru semua orang Melayu dalam DAP jika mereka ada maruah dan harga diri
beramai-ramai meninggalkan parti tersebut kerana kehadiran serta penyertaan
mereka tidak diperlukan dalam parti itu," katanya. -UtusanOnline
No comments:
Post a Comment