GEORGETOWN -
DAP mahu tambahan 13 kerusi iaitu tiga bagi kawasan Parlimen dan 10 bagi Dewan
Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Setiausaha
Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pertambahan 13 kerusi adalah atas dasar
semangat setiakawan dan tulus kepada Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
"Kita
(DAP) telah terbukti menjadi rakan yang setia dan tulus kepada Pas dan PKR. DAP
berharap bahawa kesetiaan kita ini diiktiraf dengan membenarkan DAP bertanding
lebih banyak kerusi pada PRU nanti.
"Kita
menyasarkan tiga tambahan kerusi untuk Parlimen dan 10 kerusi untuk DUN di
Semenanjung Malaysia manakala Sabah dan Sarawak sedang mengendalikan rundingan
kerusi mereka sendiri," katanya.
Beliau
berkata demikian dalam ucapan dasar bertajuk "Perubahan Di tanganmu"
pada kongres ke-16 DAP di Pusat Sukan Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) di sini
hari ini.
Pada
pilihan raya umum 2008, DAP bertanding bagi 47 kerusi Parlimen dan 102 kerusi
DUN. – BERNAMA/UtusanOnline
No comments:
Post a Comment