KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri
Selangor diberi tempoh dua minggu untuk menjawab isu penangguhan projek
Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) bagi penyaluran tenaga elektrik.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk
Donald Lim Siang Chai berkata penangguhan projek yang melibatkan pemasangan
kabel voltan tinggi sepanjang 60 kilometer antara Bukit Tarek di Rawang dan
Kampung Chubadak, Sentul itu akan mengakibatkan gangguan bekalan elektrik yang
teruk.
Projek CAR adalah antara tindakan
susulan bagi mencegah berulangnya kejadiangangguan bekalan elektrik pada 13 Jan
2005 dan ia bertujuan menyalurkan bekalanelektrik dari stesen janakuasa di
Perak ke kawasan tengah Semenanjung.
"Sebagai pemimpin berpangkat
tinggi saya minta Menteri Besar tolong lakukan sesuatu untuk keperluan rakyat.
Jika tidak, saya minta dia berundur dan bagi orang yang lebih layak untuk
memerintah.
"Isu air pun tak selesai lagi,
timbul pula isu lain," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, Rabu.
Lim berkata kerajaan negeri pernah
menjemput beliau membincangkan pembinaanprojek CAR, dalam Majlis Tindakan
Ekonomi Selangor pada Disember tahun lepas,namun sehingga kini tiada tindakan
susulan yang dilakukan.
Beliau berkata kerajaan negeri juga
pernah berjanji akan menyelesaikan isu bekalan tenaga elektrik kepada penduduk
dalam tempoh 100 hari selepas memenangi pilihan raya umum ke-12, namun setelah
lima tahun, projek itu masih lagi tertangguh. BERNAMA/mStar
No comments:
Post a Comment