KOTA BAHRU
- Tujuh projek besar yang diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
ketika lawatan ke Kelantan semalam adalah bukti jelas kerajaan pusat tidak
pernah meminggirkan Kelantan.
Pengerusi
Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata janji itu yang bakal
dimasukkan dalam manifesto Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU)
ke-13, menunjukkan Perdana Menteri prihatin akan nasib penduduk Kelantan yang
masih ketinggalan pada pelbagai aspek pembangunan.
"Ini
juga jawapan tepat kepada tohmahan dan juga tuduhan-tuduhan yang kata kita
diskriminasikan Kelantan. Ini terbukti bahawa apa yang difitnahkan pembangkang
itu tidak benar," katanya kepada Bernama, di sini malam tadi.
Mustapa
yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata kesemua
perkara yang dijanjikan Perdana Menteri itu adalah suatu yang sangat dinantikan
masyarakat Kelantan selama ini.
Tujuh
projek tersebut merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu,
pembinaan stadium baharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat
permulaan melibatkan 3,000 unit.
Projek lain
ialah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, pembinaan kampus bandar
Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek
menyelesaikan masalah air. – Bernama/Sinar Harian
KD: Ke arah negeri Kelantan yang maju..
No comments:
Post a Comment