KOTA BHARU - Teka-teki Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) terus mendapat perhatian di mana hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membayangkan pembubaran Parlimen akan dibuat dalam masa terdekat.
Berucap
pada Majlis Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar di sini, Presiden
Umno menegaskan, pihaknya sudah bersedia, sambil mahu rakyat memberi undi kepada Barisan Nasional (BN).
"Ambo
(saya) nak umum pilihan raya dah, hari ini dalam majlis nak tanya adakah rakyat
bersedia menyokong BN ?" kata beliau yang juga Pengerusi BN sambil
menerima sorokan lebih 30,000 penyokong.
Dalam
ucapan itu, Najib turut mengumumkan tujuh janji kepada rakyat Kelantan
sekiranya BN diberi mandat untuk mentadbir negeri.
Antaranya,
pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, stadium baru, menyediakan kemudahan
air, perumahan rakyat, kampus Universiti Teknologi Mara kampus Kota Bharu dan masjid terbesar di Kelantan. – Sinar Harian
No comments:
Post a Comment