Ketua Pembangkang, Datuk Seri
Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika sidang media
mengenai pendirian Pakatan Rakyat berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh
bukan Islam
|
KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan
Tertinggi Pakatan Rakyat memutuskan kalimah Allah boleh digunakan oleh orang
bukan Islam namun ia tidak boleh diterjemah ke dalam mana-mana bahasa.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang berkata, penggunaan kalimah Allah tidak wajar disalah gunakan oleh pihak
tertentu kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan.
"Penganut Islam pelbagai bangsa
boleh tetap menyebut perkataan Allah apabila menterjemah al-Quran dalam bahasa
masing-masing dan ketika beribadat.
"Selain itu Islam tidak
menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah Allah dalam amalan mereka
walaupun tidak mencapai maksud asal bahasa al-Quran," katanya pada sidang
media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat di ibu pejabat
Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Selasa.
Sementara itu, Ketua Pembangkang,
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PKR dan DAP menyambut baik pendirian PAS dalam
isu penggunaan kalimah Allah.
“Kenyataan PAS kita sambut baik dan
ia selari dengan pendirian Islam. Oleh demikian, kita tidak halang namun dalam
mesyuarat kita suarakan keprihatinan kita supaya tidak ada pihak mempermainkan
isu ini.
“Pihak-pihak gereja juga perlu
menghormati prinsip ini sebagaimana orang Islam meletakkan dan memuliakan nama
Allah,” katanya.
Diminta mengulas titah Sultan
Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menghalang orang bukan Islam
menggunakan kalimah Allah, Hadi bagaimanapun enggan mengulas lanjut.
“Cukuplah dengan kenyataan saya
sebelum ini…PAS konsisten dengan pendirian dalam isu ini seperti yang
dikeluarkan pada 4 Januari 2010,” katanya.
Isu penggunaan kalimah Allah kembali
menjadi polemik apabila Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menerusi mesej
sempena sambutan Hari Krismas mendesak Kerajaan Pusat membenarkan perkataan
Allah digunakan dalam kitab Bible bahasa Melayu.
Kenyataan Guan Eng ini mendapat
kritikan keras oleh pelbagai pihak terutamanya dari kepimpinan Umno dan ulama
bebas.
Malah sekutu mereka dalam pakatan
pembangkang iaitu PAS kali ini turut tidak bersetuju dengan desakan berkenaan.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, pendirian parti itu jelas bahawa Bible
Bahasa Melayu harus menggantikan istilah 'God' dengan 'Tuhan' dan bukannya
'Allah' untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal kitab berkenaan. -mStar
KD: Sependapat dengan Tuan Ibrahim.. Apa pun alasannya, KD membantah 100% pendirian pakatan pembangkang ini..
No comments:
Post a Comment