GEORGETOWN - Keputusan Majlis
Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) bahawa kalimah ALLAH boleh digunakan oleh penganut
Kristian seolah-olah mengetepikan Perlembagaan Negara dan tidak menghormati
keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang,
Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, keputusan yang diumumkan pimpinan PR
itu juga jelas bertentangan dengan Buku Jingga yang dicipta mereka sendiri
sebelum ini yang kononnya mahu mempertahankan Perlembagaan Negara.
Beliau yang juga Penyelaras Jaringan
Muslimin Pulau Pinang (JMPP) berkata, jika PR terus dengan pendirian yang
bertentangan dengan Perlembagaan Negara, kesemua parti dalam gabungan PR tidak
layak berpolitik dan terus berada di negara ini.
“Keputusan Majlis Pimpinan PR juga
tidak menghormati Majlis Muzakarah Kebangsaan selain ia dilihat menganjurkan
perpecahan antara kaum dalam negara ini.
“Bagi kami, ahli PR di peringkat akar
umbi melihat keputusan yang dibuat menunjukkan pakatan itu angkuh dan sombong
kerana mereka hanya memikirkan pendapat dan pandangan sendiri untuk memenangi
hati orang Kristian bagi kemenangan pilihan raya umum akan datang,” katanya
kepada Sinar Harian di sini semalam.
Mohamed Hafiz berkata, pihaknya masih
menunggu jawapan dan pendirian Majlis Syura Ulama Pas berkenaan isu ini.
Beliau percaya, keputusan yang dibuat
pimpinan PR itu tidak dipersetujui sepenuhnya penganut agama Kristian dan isu
kalimah ALLAH sengaja dibangkitkan oleh DAP yang tidak mewakili masyarakat
Kristian keseluruhannya.
“Kita tidak tahu apakah agenda DAP
terutama Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang cuba memperalatkan isu agama
dalam politik PR.
“Kerana mahu menagih undi daripada
orang Kristian, mereka sanggup melakukan apa sahaja walaupun bercanggah dengan
Perlembagaan,” katanya.
itu, Presiden Persatuan
Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Datuk Seri Mohd Yussof Latiff berkata,
keputusan yang dibuat pimpinan PR itu hanya untuk kepentingan politik
semata-mata.
Beliau yang juga Pengerusi Persatuan
Kariah-kariah Masjid Pulau Pinang berkata, isu penggunaan kalimah ALLAH tidak
sepatutnya dibangkitkan lagi kerana penggunaan perkataan itu jelas hanya untuk
orang Islam dan sudah diamalkan sejak negara mencapai kemerdekaan. - Sinar Harian
KD: Semoga Allah SWT memberi petunjuk &
hidayahNya kepada kita semua..
No comments:
Post a Comment