SHAH ALAM - Satu akaun laman sosial
Facebook menggunakan nama ‘Parti Geletek Allah (PGA) yang diwujudkan sejak 21
Disember 2012 telah mencetuskan kemarahan dan kebimbangan umat Islam.
Laman terbabit yang menyentuh sensitiviti
agama didakwa menghina ALLAH, Rasulullah dan Islam.
Dengan menggunakan nama tersebut di
Facebook, PGA mengiktiraf mereka sebagai parti politik dengan menawarkan
keahlian percuma kepada orang ramai.
Laman Facebook PGA itu juga mempelawa mempelawa orang ramai yang sudah muak dan penat melayan melayan kerenah parti-parti di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan PKR, menyertai mereka.
Kesemua orang ramai mengutuk tindakan
pemilik akaun tersebut kerana tidak menghormati sensitiviti agama di negara
ini. - Sinar Harian
KD: Sudah melampau sesetengah individu sekarang..
No comments:
Post a Comment