SHAH ALAM -
Gerakan Mahasiswa PRU13 (GM13) yang ditubuhkan atas dasar meraikan demokrasi di
negara ini menyatakan kesediaan untuk turun beramai-ramai pada 12 Januari ini
bagi menyertai Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadual diadakan di Stadium
Merdeka.
Menerusi
satu kenyataan media yang menggabungkan 13 NGO mahasiswa di bawah nama GM13,
Pengerusinya, Syis Abdul Kadir berkata, Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112 akan
menjadi medan mahasiswa menyatakan pendirian mereka yang disifatkan terkongkong
selama ini.
"GM13
bersedia dengan mobilisasi mahasiswa seluruh Malaysia tahap maksimum. Menurut
pengetahuan kami, jumlah mahasiswa yang bakal turun KL112 adalah hampir
mencecah 10,000 orang.
"Mahasiswa
akan berpatisipasi dalam himpunan raksaksa tersebut dengan agenda dan identiti
sendiri (warna putih)," ujar beliau.
Menurut
beliau lagi, mahasiswa juga telah bersedia untuk menggerakkan 'lori mahasiswa'
untuk menjelajah ke kampus-kampus utama di sekitar Lembah Klang.
"GM13
juga akan memulakan Jelajah Mahasiswa Untuk Malaysia sekitar tarikh 20 hingga
30 Januari. Jelajah ini merangkumi 13 negeri termasuk Wilayah Persekutuan KL
dan Putrajaya.
"Ini
bertujuan untuk memasarkan agenda mahasiswa kepada kampus-kampus seluruh
Malaysia secara menyeluruh," katanya.
GM13
membawa agenda menentang sepenuhnya undang-undang rimba di bawah Akta
Universiti dan Kolej Universiti yang dikatakan membelenggu idealisme dan
aktivisme mahasiswa selama 40 tahun.
"Begitu
juga, gerakan mahasiswa cakna dan prihatin terhadap nasib mahasiswa yang diikat
dengan hutang pengajian Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
sehingga gerakan mahasiswa menuntut pendidikan percuma buat penuntut institusi
pengajian tinggi.
"Mahasiswa
serius dan konsisten dengan isu universiti dan kemahasiswaan," jelasnya
lagi.
GM13
terdiri daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Solidariti
Mahasiswa Malaysia (SMM), Aksi Mahasiswa
Peduli (Aksi), Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), ) Persatuan Mahasiswa Islam
Universiti Malaya (PMIUM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Putra Malaysia
(PMIUPM), Demi Mahasiswa KUIS (DMK), Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM), Watch
13, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), Pro-Mahasiswa Nasional
(Pro-MN), Sinergi Gerakan Mahasiswi (SIGMA) dan Sisters In Movement (SIM).
KD: Inilah pro dan kontranya apabila mahasiswa
dibenarkan terlibat dalam politik.
No comments:
Post a Comment