Penolong
Setiausaha Agung Pas, Zakaria Dagang dalam nada penuh sindiran turut
menjelaskan tarikh pilihan raya yang masih dirahsiakan itulah menunjukkan
keistimewaan demokrasi di Malaysia.
Beliau
berkata, perkara itu tidak berlaku di negara-negara maju atau negara ketiga
yang mengamalkan sistem sama kerana masing-masing berani membuat pengumuman
lebih awal sehingga ada yang mengambil tempoh setahun sebelum tarikh pilihan
raya umum sebenar.
Beliau
berkata sebagai mengulas mengenai penganalisis politik yang berpendapat
keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang masih berteka-teki
mengenai tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) adalah keputusan tepat.
Timbalan
Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum
Jawan berkata, tarikh PRU13 menjadi teka-teki kerana Najib menunggu sehingga
tempoh lima tahun tamat.
Zakaria
bagaimana pun mempertikaikan agenda transformasi yang dilaungkan Perdana
Menteri yang menurut beliau, tidak dilakukan secara menyeluruh.
“Di negara
demokrasi lain, mereka umum lebih awal setahun dan paling kurang enam bulan
sebelum pilihan raya supaya rakyat boleh bersedia,” katanya.
Beliau yang
juga Setiausaha Pas Kawasan Kuala Nerus berkata, sepatutnya pembaharuan dari
sudut pengumuman tarikh pilihan raya perlu diawalkan supaya wujud perlawanan
lebih sihat antara parti politik.
Menurutnya,
keadaan itu secara tidak langsung menggalakkan parti-parti politik bertanding
bersedia lebih awal berhadapan pihak lawan dan bekerja memastikan kemenangan
parti masing-masing.
“Ini tidak,
dia akan umum apabila dia sudah rasa selesa dan jika rasa tidak selesa, tidak
akan umum. ‘Wisel’ ada pada dia, jika dia rasa ok, dia akan tiuplah wisel
tersebut. Ini hanya menguntungkan satu pihak sahaja,” katanya.
No comments:
Post a Comment