Namun
menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, setakat ini, ketetapan
yang diambil adalah sama seperti sebelum ini yang mana, kalimah ALLAH adalah
hak mutlak untuk penganut Islam di negara ini.
"Kita
sudah tetapkan mesyuarat Pakatan pada 8 Januari dan saya percaya isu ini boleh
dibangkitkan walaupun Pakatan Rakyat telah pun putuskan belum ada usul baru
untuk meminda keputusan yang lama.
"Iaitu
pada 2010 kita sudah putuskan. Tetapi sekiranya ada pihak yang membangkitkan
dan ada pandangan baru, kita tentu boleh bincangkan. Perbincangan itu akan
diadakan pada 8 Januari pada majlis mesyuarat Pakatan.
Guan Eng
yang juga Setiausaha Agung DAP sebelum ini meminta kerajaan membenarkan
Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa
Melayu.
Permintaan
itu yang disifatkan penganut agama Islam di negara ini sebagai suatu penghinaan
hakikatnya telah pun diwartakan di Pulau Pinang sebagai antara 40 perkataan
yang tidak boleh digunakan bukan Islam.
Ia
merupakan suatu ketetapan rasmi yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa
Majlis Fatwa Kebangsaan.
KD: Islam agama yang indah, syumul lagi mudah...
No comments:
Post a Comment