IPOH - Isu
berkenaan kalimah ALLAH tidak harus diperbesarkan sebaliknya perlu dibuat
perbincangan bagi menyelesaikannya.
Pengerusi
DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, beliau bersetuju dengan pandangan Majlis
Syura Ulama Pas bahawa kalimah ALLAH adalah universal dan sesiapa pun boleh
menyebutnya.
Beliau
berkata, setiap agama mempercayai bahawa wujudnya satu tuhan iaitu ALLAH cuma
setiap agama berbeza perspektif dalam mempercayainya.
“Saya yakin
kebanyakan agama di dunia meyakini tuhan itu satu tetapi konsep ketuhanan itu
sedikit berbeza.
“Saya juga
bersetuju bahawa bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah ALLAH untuk maksud
yang lain,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Koo Ham
berkata demikian ketika mengulas Keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang
memutuskan bahawa perkataan ALLAH tidak boleh digunakan di dalam kitab
mana-mana agama di negara ini.
Menurut Koo
Ham lagi, asal perkataan ALLAH itu sebenarnya diterjemah daripada bahasa Arab
bukan bahasa Inggeris seperti di dalam Bible sekarang ini. –Sinar Harian
No comments:
Post a Comment