SEMPORNA -
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik
Abdul Aziz Nik Mat perlu memohon maaf dan bertaubat berhubung kenyataan mereka
sebelum ini yang membenarkan orang bukan Islam menggunakan istilah ALLAH dalam
kitab Bible Bahasa Melayu.
Menegaskan
demikian, Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Seri Nasir Tun Sakaran
berkata, sebagai manusia biasa kedua-dua pemimpin berkenaan perlu mengakui
kesilapan mereka dan meminta maaf secara terbuka kepada semua umat Islam.
"Selaku
pemimpin, mereka perlu berhati-hati kerana kita ini bercakap bukan soal politik
tetapi soal agama. Agama ini bagi kita umat Islam adalah pegangan akidah.
"Sepatutnya
tidak semudah itu merelakan atau membenarkan kalimah ALLAH digunakan oleh agama
lain," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Daerah Mengundi, Kg
Pulaggu Mabul di Pulau Mabul di sini, hari ini.
Nasir
mengulas perubahan pendirian kedua-dua pemimpin berkenaan berhubung penggunaan
istilah ALLAH selepas Majlis Syura Ulama Pas memutuskan bahawa penggunaan
istilah itu adalah khusus untuk agama Islam sahaja dan tidak boleh diguna agama
lain.
Nasir yang
juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Semporna dan Anggota Dewan Undangan Negeri
kawasan Senallang berkata, adalah jelas bahawa pemimpin Pas berkenaan lebih
mengutamakan agenda politik pakatan pembangkang untuk berkuasa sehingga sanggup
membelakangkan sensitiviti umat Islam di negara ini.
Menurut
Nasir pertikaian berhubung penggunaan istilah ALLAH itu tidak sepatutnya timbul
kerana Majlia Fatwa Kebangsaan sudah membincangkan perkara itu dan telah
memutuskan bahawa penggunaan istilah ALLAH hanya khusus untuk agama Islam
sahaja.
"Saya
rasa pihak majlis fatwa negeri-negeri dan majlis fatwa kebangsaan sudah pun
membincangkan perkara ini dan keputusan pun telah diambil," katanya. –
Bernama/Sinar Harian
No comments:
Post a Comment